Wednesday, April 9, 2014

DIAGNOSIS: PEMERIKSAN FIZIKAL & LAPORAN PERUBATAN


KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME
PENGAMAL PERUBATAN KOMPLEMENTARI & TRADISIONAL
TAJUK “PEMERIKSAAN FIZIKAL, DIAGNOSIS DAN PENULISAN REKOD PERUBATAN”

ANJURAN            : KOLEJ KOMUNITI KUANTAN INDERA MAHKOTA,
                                 KEMENTERIAN  PENDIDIKAN MALAYSIA
TARIKH                : 1 -2  MEI 2014 (KHAMIS & JUMAAT – SEMPENA CUTI HARI PEKERJA)
TEMPAT              : KOLEJ KOMUNITI KUANTAN INDERA MAHKOTA, KUANTAN
MASA                  : 8.30 PAGI – 5.00 PETANG
OBJEKTIF             : 1. Membimbing dan mendedahkan peserta  kepada kaedah-kaedah/praktis  
                                     yang betul  untuk pemeriksaan fizikal ke atas pesakit untuk tujuan   
                                     diagnosis, misalnya cara pemeriksaan abdomen, sistem pernafasan, jantung, 
                                      toraks, dll.
                             2. Membimbing peserta tentang penggunaan alat-alat yang berkaitan  dengan
                                    diagnosis, misalnya alatan tekanan  darah, stetoskop, dll.
                             3. Membimbing peserta dalam penulisan rekod/laporan perubatan/kesihatan
                                    yang betul dan standard.
                             4. Membincangkan beberapa akta/undang-undang yang berkaitan dengan    
                                    pengamal-pengamal  perubatan/sebagai perawat.

 MATLAMAT       : 1. Membantu melahirkan perawat/pengamal perubatan komplementari/
                                    tradisional yang berilmu, celik undang-undang, cekap  dan berketrampilan.
                                 2. Menaikkan taraf dan imej  perawat/pengamal perubatan
                                     komplementari/tradisional
 PENGIKTIRAFAN: Sijil penyertaan oleh Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.
PEMBIMBING: Mr. ABDUL HAMID ABDULLAH
                                 (Mantan pakar forensik KKM, Med. Asst (KKM), Pengamal Perubatan Homeopati
                                  Berdaftar).
SIAPA PERLU HADIR?:
                            Semua perawat/pengamal perubatan komplementari/tradisional yang berminat   
                               untuk menambah ilmu dan kemahiran. (Pengamal homeopati, naturopati, herba,
                               bekam, akupuntur, urut tradisional, refleksologi, holistic, dll)
SUMBANGAN     : RM100 sahaja  (daftar lewat: RM150)

URUS SETIA:  010-7087030   (Untuk penyertaan sila sms TAIP:  nama, no. KP. & negeri  SEBELUM
                                20/4/2014.)

Wednesday, May 1, 2013


WACANA PERUBATAN HOMEOPATI : KOTA KINABALU JUN 2013
(PENGENALAN & PRINSIP PERUBATAN HOMEOPATI)

PENGENALAN

Kesihatan ialah anugerah dan nikmat Allah yang paling berharga. Manakala kesihatan dan perubatan memang suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia bernula dari lahir hinggalah ke hujung hayat. Kini, ilmu perubatan kian berkembang sehinggalah wujudnya pelbagai sistem, kaedah, pendekatan,dan ubat-ubatan yang kadangkala menjadikan kita keliru dan ketinggalan zaman. Dalam penemuan, perkembangan, dan kemajuan ilmu perubatan itu, perubatan homeopati adalah antara kaedah perubatan alternatif/ komplementari yang terbesar dan semakin mendapat tempat dan pengiktirafan oleh pihak yang berkenaan, termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Banyak penyakit yang tidak mampu diubati dengan cara tradisional dan konvensional dapat diatasi dengan perubatan homeopati. Banyak institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang menawarkan kursus perubatan homeopati sehingga peringkat ijazah. Namun, masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, malah tersalah maklumat tentang homeopathy sehingga menganggapnya sebagai perubatan tradisional, mistik, atau herba.

OBJEKTIF

 Mendedahkan peserta tentang konsep, prinsip dan falsafah homeopati dan kaitannya dengan kehidupan manusia dari aspek fizikal dan mental.

     . Menjelaskan persamaan dan perbezaan homeopati dengan perubatan-perubatan yang lain.

     . Mendedahkan remedi (ubat) homeopati boleh digunakan bukan hanya untuk penyakit atau masalah fizikal, tetapi juga untuk merawat masalah mental.

    . Memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai dan memilih kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang sesuai dan terbaik untuk mereka.

    . Mendedahkan maklumat yang tepat dan terkini kepada masyarakat tentang homeopati, khususnya homeopati tulen.

     .Mendedahkan ilmu homeopati kepada sesiapa yang berminat, khususnya yang bercita-cita menjadi pengamal (doktor) homeopati, pembantu doktor homeopati, jururawat homeopati.
    - Peluang membuka/mengusahakan farmasi homeopati & produk kesihatan.


Tarikh                  : 1 -2  JUN 2013 (SABTU-AHAD)
Masa                    : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat                : WISMA WANITA, Kota Kinabalu 

Bayaran          : Percuma  (jika daftar sebelum 10/5/2013 * tertakluk pd syarat)

Urus Setia      : 010-7087030 @ 012-8687161 (Sdr Welly, KKinabalu)

Moderator      : Dr. Abu Naim Kassan, D. Sc

                          (Pengamal Perubatan Homeopati, Berdaftar dengan Majlis

                           Perubatan Homeopathy Malaysia)

Saturday, September 29, 2012

KURSUS INTENSIF: ANATOMI, FISIOLOGI & REMEDI HOMEOPATI

 
KURSUS INTENSIF: ANATOMI, FISIOLOGI & REMEDI HOMEOPATI

Tarikh                    : 20 - 21 Oktober 2012 (Sabtu & Ahad)
Waktu                   : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat                 : Kolej Komuniti Segamat, Johor
Moderator            : Dr. Abu Naim Kassan, D.Sc (Hom)

Sinopsis                :
Mengulang kaji, perbincangan dan berkongsi pengalaman perihal
yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi, dan  perbincangan  tentang remedi-remedi (ubat) homeopati yang berkaitan dengan masalah kesihatan dan organ-organ manusia. Wacana ini juga sesuai untuk pengamal perubatan atau rawatan  tradisional/ komplementari lain seperti bekam, urut, terapi Islam, terapi-terapi lain.
Peserta                  : Sesiapa jua yang berminat (TERBUKA).


Bayaran                : RM20 -100  (tertakluk pada syarat)*
Penginapan          : Percuma (terhad); Hotel berhampiran RM50 /bilik sahaja.
Makan                  : Disediakan (tengah hari sahaja)
Urus setia            : Unit Pendidikan dan Latihan, ANZ Vision Resources
                              Dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat. tel: 010-7087030

Thursday, June 7, 2012

WACANA ILMIAH HOMEOPATI

WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012
(PENGENALAN & PRINSIP PERUBATAN HOMEOPATI)

 PENGENALAN
Kesihatan ialah anugerah dan nikmat Allah yang paling berharga. Manakala kesihatan dan perubatan memang suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia bernula dari lahir hinggalah ke hujung hayat. Kini, ilmu perubatan kian berkembang sehinggalah wujudnya pelbagai sistem, kaedah, pendekatan,dan ubat-ubatan yang kadangkala menjadikan kita keliru dan ketinggalan zaman. Dalam penemuan, perkembangan, dan kemajuan ilmu perubatan itu, perubatan homeopati adalah antara kaedah perubatan alternatif/ komplementari yang terbesar dan semakin mendapat tempat dan pengiktirafan oleh pihak yang berkenaan, termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Banyak penyakit yang tidak mampu diubati dengan cara tradisional dan konvensional dapat diatasi dengan perubatan homeopati. Banyak institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang menawarkan kursus perubatan homeopati sehingga peringkat ijazah. Namun, masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, malah tersalah maklumat tentang homeopathy sehingga menganggapnya sebagai perubatan tradisional, mistik, atau herba.

OBJEKTIF
. Mendedahkan peserta tentang konsep, prinsip dan falsafah homeopati dan kaitannya dengan kehidupan manusia dari aspek fizikal dan mental.
  . Menjelaskan persamaan dan perbezaan homeopati dengan perubatan-perubatan yang lain.
  . Mendedahkan remedi (ubat) homeopati boleh digunakan bukan hanya untuk penyakit atau masalah fizikal, tetapi juga untuk merawat masalah mental.
  . Memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai dan memilih kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang sesuai dan terbaik untuk mereka.
  . Mendedahkan maklumat yang tepat dan terkini kepada   masyarakat tentang homeopati, khususnya homeopati tulen.
   .Mendedahkan ilmu homeopati kepada sesiapa yang berminat, khususnya yang bercita-cita menjadi pengamal (doktor) homeopati, pembantu doktor homeopati, jururawat homeopati.

Tarikh                : 24 JUN 2012 (AHAD)
Masa                  : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat             : Dewan Seminar, Perpustakaan Awam Segamat
                                   Km. 5, Jalan Genuang (Jln Segamat-Labis)
                                   Segamat.
                                   (Sebelah Mahkamah Majistret Segamat)  
Bayaran                    : RM50 (untuk makan/minum, nota, sijil)
Urus Setia                : 010-7087030 (sila daftar untuk kehadiran)

Wednesday, May 9, 2012


WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012
(PENGENALAN & PRINSIP BIOKIMESTRY SCHUESSLER)

Tarikh: 2 – 3 JUN 2011 (Sabtu-Ahad)

Waktu: 8.30 pagi - 5.50 petang
Tempat: Bilik Seminar, Pusat Homeopathy Utama,
             BANDAR PUTRA, SEGAMAT, JOHOR
Pembimbing: Dr Abu Naim Kassan, D.Sc. BHMS, Dip. Biochemistry
Siapa yang perlu hadir: Sesiapa jua yang berminat dan berkenaan.
Bayaran : RM100 sahaja.

Jika berminat untuk hadir, sila hubungi 010-7087030 (Pn Shima)

Sekilas tentang Biochemistry Schuessler

Dalam konteks perubatan pula, Biochemistry ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) seorang doktor homeopathy Jerman dalam tahun 1873. Beliau mendasarkan kaedah perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dimana ia lebih porpular dengan nama “Cellular Therapy”.

Dr. Schuessler merupakan seorang Doktor Perubatan dan juga seorang ahli kimia (Physiological Chemist) serta seorang ahli fizik (Physicist). Dengan kepakaran dan kepintarannya, beliau dapat memahami dengan secara mendalam penemuan-penemuan di dalam bidang kerja tubuh badan manusia dan juga telah berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu hingga menjadi satu sistem perubatan yang selari dengan tabii manusia dan bersifat semulajadi atau natural.

Beliau membuat kesimpulan bahawa sekiranya sesuatu organisme menerima bekalan garam tisu asas secukupnya maka sukarlah atau tidak mungkin penyakit akan menghidapi seseorang itu. Beliau merumuskan bahawa penawar homeopathy yang banyak adalah tidak perlu dimana beliau meletakkan dasar bahawa kesemua bahan yang perlu untuk mengembalikan organisma yang sakit kepada sihat biasanya boleh didapati dalam sistem tubuh badan manusia itu sendiri. Beliau juga beranggapan bahawa badan manusia mempunyai mekanisma untuk daya pertahanan dan penyembuhan yang tersendiri dimana ia diambil dan dibajai menerusi pemakanan seseorang. Beliau percaya bahawa semua penyakit yang wujud adalah disebabkan kekurangan salah satu atau beberapa garam tisu dalam badan. Ia juga disebabkan oleh berlaku ketidakseimbangan molikul garam-garam tisu dalam badan seseorang. Oleh itu bagi menyembuhkan penyakit, boleh dilakukan dengan menambah garam tisu yang didapati berkurangan dalam badan sehingga ia betul-betul mencukupi dan seimbang.

Biochemistry sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah (drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant). Sebaliknya ia menggunakan 12 unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhannya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana menerusi penemuan terkini, mendapati garam tersebut amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia. Beliau juga menyenaraikan kesemua 12 garam tisu ini berserta kepentingannya kepada kesihatan dan menerangkan peranan-peranan yang dimainkan oleh kesemua garam tisu dalam tubuh badan manusia. Beliau juga telah menyenaraikan setiap penyakit-penyakit yang menurutnya boleh disembuhkan dengan menggunakan garam tisu sebagai ubat.

Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur sel garam hidup. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa semboyan penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang. Dengan itu barulah wujud semula kesihatan.

Dua belas penawar yang dicipta oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' atau 'garam-sel' (tissue-salts, cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug (dadah). Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada keperluan tubuh badan yang diperlukan dan digunakan oleh ahli biokimia sebagai penawar homeopathy bagi mengisi kekurangan garam tisu yang sedang berlaku dalam tubuh badan manusia

Friday, February 17, 2012

PENGENALAN & PRINSIP PERUBATAN HOMEOPATI

WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012 
(PENGENALAN & PRINSIP PERUBATAN HOMEOPATI)

PENGENALAN
Kesihatan ialah anugerah dan nikmat Allah yang paling berharga. Manakala kesihatan dan perubatan memang suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan  manusia bernula dari lahir  hinggalah ke hujung hayat. Kini, ilmu  perubatan kian berkembang sehinggalah wujudnya pelbagai sistem, kaedah, pendekatan,dan ubat-ubatan yang kadangkala menjadikan kita keliru dan ketinggalan zaman. Dalam penemuan, perkembangan, dan kemajuan ilmu perubatan itu, perubatan homeopati adalah antara kaedah perubatan alternatif/ komplementari yang terbesar dan semakin mendapat tempat dan pengiktirafan  oleh pihak yang berkenaan, termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Banyak penyakit yang tidak mampu diubati dengan cara tradisional dan konvensional dapat diatasi dengan perubatan homeopati. Banyak institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang menawarkan kursus perubatan homeopati sehingga peringkat ijazah. Namun, masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, malah tersalah maklumat  tentang homeopathy sehingga menganggapnya sebagai perubatan tradisional, mistik, atau herba.

OBJEKTIF
1.    Mendedahkan peserta tentang konsep, prinsip dan falsafah homeopati dan kaitannya dengan  kehidupan manusia dari aspek fizikal dan mental.
2.    Menjelaskan persamaan dan perbezaan homeopati dengan perubatan-perubatan yang lain.
3.    Mendedahkan remedi (ubat) homeopati boleh digunakan bukan hanya untuk penyakit atau masalah fizikal, tetapi juga untuk merawat masalah mental.
4.    Memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai dan memilih kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang sesuai dan terbaik untuk mereka.
5.    Mendedahkan maklumat yang tepat dan terkini kepada guru,   ibu bapa dan masyarakat tentang homeopati, khususnya homeopati tulen.
6.     Mendedahkan ilmu homeopati kepada sesiapa yang berminat, khususnya yang bercita-cita menjadi pengamal (doktor) homeopati atau pemabntu doktor homeopati.

Tarikh                :  5 MEI 2012  (SABTU)
Masa                  : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat             Thibbuljawi Health Centre (TJC) 
                                     68A Jalan 1/2 Seksyen 1,
                                     Bandar Teknologi Kajang,
                                     Semenyih, Selangor

Urus Setia        : 019-2299767
                      
Bayaran            : RM50 sahaja (nota, sijil & makan  disediakan)


SSIAPA YANG PERLU HADIR?
·         Individu yang meminati ilmu dan kesihatan, khususnya yang berminat untuk menjadi pengamal/doktor perubatan homeopati.
·         Ibu bapa yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.
·         Wanita yang berminat untuk sihat.
·         Lelaki yang prihatin tentang kesihatan.
·         Graduan yang ingin menambah pengetahuan.
·         Guru yang cinta akan ilmu.
·         Kaunselor yang berminat  menambah ilmu dan maklumat.
·         Pemimpin/ketua yang ingin masyarakatnya sihat dan sejahtera.
·         Ketua jabatan/pengurus yang ingin pekerjanya sihat dan produktif.
·         Pesakit-pesakit yang ingin mencari perubatan alternatif ATAU sudah “puas” berubat dengan cara tradisional/konvensional.

ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KURSUS
IJAZAH PERUBATAN HOMEOPATHY (BHMS)
Cyberjaya University College of Medical & Science (Malaysia); Lincolnshire University International (USA); London College of Hoemopathy (UK); University of Chicago Medical Center;University of Westminster); Homeopathic College of East Anglia (UK); International Academy of Classical Homeopathy (Greece);Hahnemann Academy of Homeopathy (Jepun); Free International University of Homeopathy,Italy; Dietrich-Berndt-Institut zur Förderung der Homöopathie, Göttingen, Germany; The Sydney College of Homoeopathic Medicine (Australia).

Thursday, November 24, 2011

MENUTUP TIRAI 2011

WACANA ILMIAH HOMEOPATI 4/4: 2011 

Wacana ini memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui, memahami, dan mendalami perihal perubatan homeopati. Sistem perubatan yang kian berkembang, diyakini, berkesan dan selamat. Aspek perbincangan dan pendedahannya bukan sekadar tentang konsep, prinsip dan falsafah homeopati, malah aplikasi dan implimentasinya yang tiada batasan. Ringkasnya, dari akar umbi hingga ke pucuk tunas  homeopati akan terangkum dalam wacana penutup tirai 2011 ini.  


            Hebat bukan? Justeru dengan besar hati kami mengalu-alukan penyertaan anda. Datanglah, kami menyediakan 20 tiket percuma* untuk anda.



Tarikh                :  9 – 15 Disember 2011
Tempat             : Segamat, Johor.                                      
Urus Setia        :  010-7087030
Yuran                 : PERCUMA *

Siapa yang perlu hadir?
·         Mereka yang berminat untuk mendalami ilmu
             perubatan homeopati.
·         Pelajar bidang perubatan/kesihatan/kejururawatan
·         Mereka yang bercadang untuk menjadi perunding
             perubatan alternatif/homeopati

* tertakluk pada syarat